Skip to main content
Berita

Pertandingan Sayembara Patriotik MOSTI Tahun 2020

Putrajaya, 8 September 2020 – Sempena Bulan Kebangsaan 2020, MOSTI melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan pertandingan Sayembara Patriotik MOSTI bagi menggelorakan semangat patriotik disamping mencungkil bakat seni di kalangan warga MOSTI dan mengimbangi persekitaran kerja yang lebih tertumpu pada bidang sains dan teknikal dengan elemen seni dan sastera yang dapat membantu individu untuk memanfaatkan daya fikir dengan optimum.
Pada hari ini telah berlangsung pertandingan akhir melibatkan sembilan (9) orang peserta yang mendeklamasikan sajak-sajak bertemakan patriotik dan kemerdekaan hasil nukilan penulis-penulis terkenal negara, bahkan ada juga yang ditulis oleh warga MOSTI sendiri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Azkar Zahidi bin Ismail dari Pejabat YB Timbalan Menteri yang telah menjuarai Sayembara ini. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Hashima binti Baharom dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala tempat ketiga disandang oleh Dr. Fatin Zahidah binti Abdul Aziz dari Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga buat semua peserta akhir serta peserta-peserta juga urusetia yang terlibat dalam menjayakan sayembara patriotik MOSTI 2020.
Skip to content