Skip to main content
Berita

Platform Dialog Langsung Bersama KSU MOSTI

20 November 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan sesi pertemuan dan dialog “SESI #TANYAPASAJA: KSU X GENG MUDA MOSTI” bertempat di Atrium Peterana, Aras 5, Blok C5. Sesi interaktif ini bertujuan menyediakan platform terus kepada pegawai muda Gred 1, 5 dan 9 daripada pelbagai skim perkhidmatan untuk berinteraksi serta berdialog secara terbuka dengan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI.

Sesi dialog langsung ini turut menampilkan YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan (SUBKP) MOSTI selaku moderator. Turut hadir ialah Encik Mohd. Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Melalui sesi #TANYAPASAJA ini, para pegawai berpeluang mengemukakan pertanyaan, pandangan serta maklum balas secara telus kepada KSU khususnya berkaitan cabaran tugas harian, isu skim perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan untuk memperkukuh hala tuju strategik MOSTI.
YBhg. Datuk Seri KSU juga turut berkongsi pengalaman beliau sebagai penjawat awam serta menyampaikan nasihat dan dorongan kepada pegawai muda untuk terus cemerlang, berinovasi dan kekal berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab di kementerian.
Sesi dialog terbuka ini diharapkan dapat mengukuhkan budaya komunikasi dua hala, meningkatkan keterlibatan pegawai muda serta memberikan inspirasi dalam memacu kecemerlangan MOSTI pada masa hadapan.
Skip to content