Skip to main content
Berita

Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat MOSTI 2023

13 Oktober 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa melancarkan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat MOSTI 2023 di Atrium Peterana, Blok C5, MOSTI. Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).

Program ANMS dan HSN Peringkat MOSTI yang di sertai oleh warga MOSTI dari pelbagai Unit, Bahagian, Jabatan dan Agensi ini akan berlangsung pada 13 dan 14 Oktober 2023 di sekitar Kawasan ibu pejabat MOSTI dan di harap dapat menyuntik semangat kesukanan dikalangan warga serta menyahut cabaran HSN.
Antara program yang telah disediakan sepanjang hari sukan negara di peringkat MOSTI ini, termasuklah senamrobik, aktiviti 10,000 langkah, sukaneka, kuiz kahoot, Kumpulan kerja aktif beriadah, hari tanpa lif dan banyak lagi.
Program ANMS bertujuan untuk mempromosi pembudayaan hidup sihat bagi meningkatkan kesejahteraan kesihatan, selain itu Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan dan Memperkasakan individu dan komuniti dalam kawalan kesihatan kendiri serta Memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemegang taruh untuk mencapai kesejahteraan kesihatan.
Manakala Program HSN dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan pengetahuan bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Skip to content