Skip to main content
Berita

Program AICEP@MiNT-SRC 2024

10 September 2024, Johor – YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini merasmikan program AICEP@MiNT-SRC 2024 bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Program ini merupakan anjuran Nanotional Nanotechnology Centre Malaysia (NNC), MOSTI dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Shamsuddin Mikroelektronik dan Nanoteknologi (MiNT-SRC), UTHM sempena Bulan Nanoteknologi penganjuran program Minggu Sains Negara (MSN) tahun 2024.
Program AICEP@MiNT-SRC 2024 direka bentuk dengan menggabungkan konsep pendidikan secara teori dan amali, atau hands-on, bagi memupuk minat pelajar dan masyarakat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan metematik, dan lebih khusus ialah dalam bidang mikroelektronik dan nanoteknologi.
AICEP@MiNT-SRC 2024 melibatkan pelajar-pelajar daripada sekolah di daerah Batu Pahat, Kluang, Muar dan Tangkak, Johor.
Program selama dua hari ini juga merangkumi enam (6) aktiviti iaitu:
1. Ikon Nano Akademia
2. Ikon Nano Industri
3. Bengkel Percetakan 3D
4. Pertandingan Rekabentuk Teknologi Nano dan Poster Pasca Siswazah
5. NanoLab Tour melalui kuiz interaktif dan pameran
6. Experience Your Nano Life
Hadir sama YBrs. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM; YBrs. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Pegawai-pegawai Kanan kementerian dan Universiti, para penaja, wakil industri serta para pelajar dan guru.
Kredit Foto 📸: UTHM
Skip to content