Skip to main content
Berita

Program Bersama Komuniti bagi Pemasangan Jeti Terapung Biokomposit

15 November 2024, Johor – YBhg. Dato’. Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama YBrs. Dr. Rosli Darmawan, Ketua Pengarah, Agensi Nuklear Malaysia telah turut serta dalam Program Bersama Komuniti bagi Pemasangan Jeti Terapung Biokomposit di bawah Program Kampung Angkat Madani MOSTI 2024.
Projek Pembangunan Jeti Terapung Biokomposit ini merupakan salah satu projek di bawah seliaan Agensi Nuklear Malaysia. Pembinaan Jeti Terapung Biokomposit merupakan inisiatif untuk membina sebuah platform mudah alih sebagai alternatif kepada jeti nelayan sedia ada berikutan keadaan kawasan jeti nelayan tersebut yang terdedah kepada risiko banjir.
Pelaksanaan projek ini dilihat dapat membantu para nelayan di Kampung Tekam sebagai platform pendaratan ikan dan bot-bot nelayan selain menjadi hub penyaluran bekalan bantuan keperluan harian semasa banjir kepada penduduk Kampung Tekam.
Skip to content