26 Jun 2025, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meneruskan Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics di SK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah. Hadir sama Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan & Perkhidmatan STI MOSTI.
Seramai 640 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada 549 orang pelajar tahap 1 dan 2, seramai 46 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 45 orang pelajar Pra-Sekolah.
Para pelajar didedahkan dengan pengalaman pembelajaran sains luar bilik darjah yang menyeronokkan melibatkan pelbagai aktiviti STI seperti:
 Aktiviti 1: Membina Robot (STEM Kit)
 Aktiviti 1: Membina Robot (STEM Kit) Aktiviti 2: Bengkel Pengaturcaraan
 Aktiviti 2: Bengkel Pengaturcaraan Aktiviti 3: Bengkel Metaverse
 Aktiviti 3: Bengkel Metaverse Aktiviti 4: Bengkel Pemikiran Komputasi (EZBOT)
 Aktiviti 4: Bengkel Pemikiran Komputasi (EZBOT) Aktiviti 5: Siasatan Jenayah
 Aktiviti 5: Siasatan Jenayah Aktiviti 6: Slime
 Aktiviti 6: Slime Aktiviti 7: Pertunjukan sains, dron dan kancil
 Aktiviti 7: Pertunjukan sains, dron dan kancilTerima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang memberikan sambutan menggalakkan untuk program ini. MOSTI sentiasa komited memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua terutamanya kepada pelajar-pelajar luar bandar melalui program-program pembudayaan STI.
 
				




