Skip to main content
Berita

Program Jangkauan Sains, Teknologi & Inovasi dan Majlis Berbuka Puasa

7–8 Mac 2026, Lahad Datu – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Program Jangkauan Sains, Teknologi & Inovasi (STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berlangsung di Sabah di Masjid Ar- Raudhah, Masjid Daerah Tungku, Masjid Kg. Labian dan Masjid Tambisan Tungku, Lahad Datu, Sabah.
Program ini membuktikan bahawa STI tidak terhad kepada persekitaran akademik atau kawasan bandar sahaja, malah berperanan penting sebagai penggerak kemajuan komuniti akar umbi. Menerusi pendekatan yang lebih santai, program ini mewujudkan interaksi dua hala antara kementerian dan warga setempat untuk mengenal pasti keperluan sebenar mereka, di samping mendedahkan penduduk di Kawasan Lahad Datu dan Tungku kepada pelbagai inisiatif STI.
Usaha jangkauan ini adalah selari dengan matlamat MOSTI untuk mendemokrasikan akses serta memastikan impak sains dan teknologi dapat dinikmati secara inklusif oleh semua pihak.
Skip to content