24 Ogos 2025, Sabah – YB Dato’ Mohammad Haji Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan serta melakukan flag off Jejak Inovasi Sosial Zon Sabah di Merotai Besar, Tawau, Sabah.
Program ini membawakan pelbagai inisiatif seperti MyIS Komuniti, MaGRIs/MyIS Akar Umbi dan Youth Innovative Challenge (YIC) yang berlandaskan prinsip “Daripada Masyarakat, Untuk Masyarakat”.
Program turun padang ini memberi fokus kepada pendekatan bottom-up dengan mendengar cabaran sebenar komuniti, seterusnya memperkenalkan idea, teknologi dan kaedah baharu yang mampu meningkatkan taraf hidup, memperkasa ekonomi setempat serta memelihara kelestarian alam.
MOSTI komited memastikan inovasi bukan sekadar di makmal atau bandar besar, tetapi sampai ke kampung, pekan dan komuniti luar bandar yang benar-benar memerlukannya untuk terus memacu inovasi sosial demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan negara.