Skip to main content
Berita

Program NTIS

18 April 2025, Kuala Lumpur – Fasa permohonan NTIS bagi tahun 2024 telah berakhir dan sekretariat NTIS hari ini meraikan kejayaan syarikat-syarikat yang telah berjaya menamatkan program.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) mewakili MOSTI menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua pemohon atas komitmen mereka dalam membangunkan penyelesaian inovatif. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemohon yang telah menamatkan projek di bawah program NTIS.
Ketika sesi ini, 14 pemohon yang berjaya menamatkan program pada tahun 2024 telah berkongsi mengenai projek dan penyelesaian yang dibangunkan, cabaran yang dihadapi, serta kejayaan yang telah berjaya dicapai melalui inisiatif dan fasilitasi NTIS.
Skip to content