19 Jun 2025, Putrajaya – Program Relax and Refresh MOSTI Siri 3 Tahun 2025 diadakan hari ini bertempat di Dewan Perhimpunan MOSTI telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama AKRAB MOSTI. Program ini dilaksanakan dengan pendekatan aktiviti indoor berkaitan Game Based Learning yang dibimbing oleh Encik Effendy bin Norzaman, Pengasas FnD Mindspot dengan penyertaan peserta seramai 30 orang pegawai dari pelbagai Bahagian di MOSTI.
Slot Game Based Learning merupakan aktiviti permainan papan dengan penyertaan sejumlah peserta secara kelompok – kelompok kecil untuk setiap jenis permainan papan yang disediakan seperti The Resistance, Treasures of Forbidden Island, Curious Case of Mr X Heroes, RISE, Melaka Game, Cytosis, Labyrinth, Orang Pulau dan Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini.
Aktiviti permainan ini mampu merangsang minda di samping meredakan ketegangan emosi serta menyegarkan mental dan minda dengan cara menurunkan hormon stress seperti kortisol sekaligus meningkatkan hormon kegembiraan seperti endorfin.
Selain itu, aktiviti ini berupaya untuk mengurangkan tekanan kerja serta membantu menggalakkan interaksi positif antara rakan sekerja. merangsang pemikiran kreatif dan mengukuhkan semangat berpasukan sesuai dengan pendekatan berbentuk “main sebentar di tempat kerja, segarkan mental dan eratkan hubungan sesama kita!”