Skip to main content
Berita

Program Sembang Kembara Dunia: Kelestarian Alam bersama YBhg. Dato’ Seri IR. Dr. Zaini Ujang

21 Oktober 2025, Putrajaya – YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang telah menyampaikan ceramah inspirasi bertajuk “Sembang Kembara Dunia: Kelestarian Alam” kepada warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Turut mengiringi ialah YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga MOSTI tentang kepentingan memelihara alam sekitar melalui perspektif sains, teknologi dan inovasi (STI) di samping menggalakkan pengamalan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian.
Dalam perkongsian tersebut, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini telah berkongsi mengenai pengalaman beliau sepanjang 100 hari kembara dunia, merentasi pelbagai negara dan menyaksikan pelbagai inisiatif serta inovasi menarik yang dilaksanakan dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar.
Program ini diharap dapat menyemarakkan kesedaran warga MOSTI terhadap peranan penting STI dalam menjayakan agenda kelestarian negara serta memupuk budaya tanggungjawab bersama terhadap penjagaan alam sekitar.
Skip to content