19 Ogos 2026, Banting – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus membudayakan literasi sains serta menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang STEM menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak dengan kerjasama strategik UPM serta Jabatan Tenaga Atom, berjaya menghimpunkan seramai 120 murid daripada SK Sungai Melut (A) dan SK Methodist (Integ) (M).
Menerusi pendedahan eksklusif di eDU PARK@UPM, para peserta berpeluang meneroka aplikasi sains perubatan, veterinar, dan asas kejuruteraan secara interaktif menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti:
Inisiatif ini menjadi pemangkin utama dalam menyemarakkan rasa ingin tahu murid terhadap sains hayat dan bidang robotik, di samping membina daya pemikiran kritis serta semangat kerjasama yang teguh. Usaha berterusan MOSTI ini penting dalam melahirkan bakat muda yang berilmu dan berjiwa pencipta, sekali gus memacu negara ke arah kemajuan berteraskan inovasi.
Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.




