Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI 2026: GEMPAK STEM (Generasi Muda Pulau Mansok Aktif Kreatif)

9 September 2026, Jerantut – Usaha mendedahkan murid sekolah kepada keajaiban dunia sains asas dan prinsip fizik diteruskan lagi menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok, Jerantut, Pahang.

Program berteraskan pendekatan komuniti ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama strategik SK Pulau Mansok. Penganjuran kali ini berjaya menyatukan seramai 100 peserta daripada enam buah sekolah sekitar Jerantut, iaitu SK Pulau Mansok, SK Teh, SK Pedah, SK Jerantut Jaya, SK Kuala Tembeling, dan SK Tanah Rom.
Melalui aktiviti praktikal di luar bilik darjah, para peserta diasah bakat dan potensi diri untuk memahami konsep saintifik, rekabentuk, serta aeroangkasa secara amali menerusi modul-modul interaktif:
✨ Pengenalan STEM & Penerangan Cabaran Roket Air
✨ Cabaran Roket Air
✨ Cabaran Rekabina Cilik
Pendedahan secara langsung ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan daya pemikiran saintifik murid, malah menjadi pemangkin awal dalam membudayakan amalan reka cipta sejak peringkat sekolah rendah. Inisiatif berterusan ini menyerlahkan komitmen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam melahirkan generasi celik teknologi yang kreatif serta berdaya saing demi masa depan negara.
Skip to content