Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI 2026: STEM Camp Young Innovator – Robotics

8 Ogos 2026, Pulau Pinang – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan pemerkasaan pendidikan STEM menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026: Young Innovator – Robotics yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Empat, Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan oleh Syscore Sdn Bhd dengan kerjasama rakan strategik D Master Lotus Ventures ini berjaya menghimpunkan seramai 105 inovator muda dari SMK Simpang Empat.
Menerusi pendekatan pembelajaran interaktif di makmal, para pelajar diberikan pendedahan secara terus (hands-on) bagi menguasai kemahiran teknologi, pengaturcaraan serta perkakasan elektronik dalam suasana yang kondusif dan penuh keterujaan.
Sepanjang dua hari program, para peserta mendedahkan diri kepada pelbagai modul praktikal merangkumi:
✨ Pengenalan Arduino dan Elektronik
✨ Asas Pengaturcaraan Arduino
✨ Teknologi Sensor dan Pengukuran Data
✨ Sistem Automasi dan Robotik
✨ Projek Inovasi Teknologi
Penganjuran program berasaskan penyelesaian masalah ini menjadi platform penting dalam mengasah daya fikir kritis, melatih kreativiti, serta memupuk bakat kejuruteraan dan robotik dari peringkat sekolah. Inisiatif ini komited dalam melahirkan generasi pelapis inovator masa hadapan yang bakal memacu ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.
Skip to content