Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI (Robotic) 2025

05 Ogos 2025, Kelantan – Program STEM Camp MOSTI (Robotic) 2025 berlangsung dengan jayanya di SMK Jeli, Kelantan, sebagai salah satu program satelit sempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan. Seramai 65 orang murid daripada 15 buah sekolah sekitar Jeli telah terlibat dalam program ini yang memberi pendedahan awal kepada dunia robotik dan teknologi masa depan.

Antara sekolah yang terlibat dalam program ini adalah:
🏫 SK Jeli, SK Jeli (2), SK Legeh, SK Ayer Lanas, SK Gemang, SK Pasir Dusun, SK Kubor Batu, SK Lubok Bongor, SK Bukit Jering, SK Kuala Balah, SK Sg Rual, SK Sg Long, SK Batu Melintang, SK Kalai & SK Pendok.
Program ini dikendalikan oleh UMK Holdings Sdn. Bhd., dengan sokongan rakan strategik Jazro Technology Robotics Sdn. Bhd dan mengetengahkan tiga aktiviti utama STEM yang padat dan menarik, iaitu:
🤖 Dunia Robotik & IR 4.0
🔆 Renewable Energy + DIY Solar Car
⚽ Liga Bola Sepak Robot
Skip to content