6 Disember 2025, Lahad Datu – Program STEM Camp peringkat Sabah berlangsung meriah di SK Silam, Lahad Datu dengan penglibatan aktif murid, guru dan komuniti setempat. Program ini turut disertai oleh YB Datuk Dr Hj Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang meninjau pelbagai aktiviti STEM secara langsung.
Pelbagai aktiviti hands-on seperti robotik, dron, kod asas, eksperimen sains dan pendedahan teknologi baharu berjaya menarik minat pelajar terhadap dunia STEM. Inisiatif ini bertujuan memupuk minat sains sejak peringkat sekolah rendah, terutama di kawasan luar bandar, serta memastikan akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti dan inklusif.
Program ini mendapat sokongan MOSTI melalui penglibatan agensi dan fasilitator STEM yang membawa demonstrasi serta modul pembelajaran interaktif, sekaligus menjadi platform penting memperkasa bakat muda Sabah untuk masa depan negara berteraskan sains dan teknologi.




