Skip to main content
Berita

Pusat Kecemerlangan Area 57 Dibangunkan Di Technology Park Malaysia

By 2021-09-16September 21st, 2021No Comments
16 September, 2021, Kuala Lumpur – Perkembangan industri berfokus inovasi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan Unmanned Aircraft Systems (UAS) di Malaysia terus giat dimajukan dengan penyediaan Area 57, sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan bakat yang dibangunkan oleh Technology Park Malaysia (TPM), sebuah agensi di bawah MOSTI.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini hadir merasmikan pra-pelancaran Pusat Kecemerlangan Area 57. Area 57 akan menyediakan infrastruktur bersepadu di kawasan seluas 5 ekar bagi perkhidmatan penyelidikan, pembangunan, pengujian, pensijilan, pembuatan, pengkomersialan serta penyelenggaraan penyelesaian dan teknologi berkaitan dron untuk memanfaatkan komuniti pengguna dan pengeluar dron. Area 57 merupakan pusat sehenti yang pertama untuk inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV dan UAS) di wilayah tengah Malaysia.
Pusat sehenti perkembangan industri dron ini disediakan dengan landasan dron 100 meter, kawasan jaring dron 300 meter persegi, tapak mock up pengujian dron, hangar, makmal, peralatan pembuatan, fasiliti latihan dan kawasan pengujian prototaip, pejabat operasi serta bengkel perkhidmatan dan penyelenggaraan dron untuk kegunaan pengendali dron.
Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan salah satu tambahan di bawah penyeliaan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang mempunyai tiga lapangan ujian atau test site lain di FELDA Mempaga Pahang, Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ Iskandar) dan dron penghantaran urban di Cyberjaya.
Skip to content