Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/html/wp-content/plugins/refresh-post-page-wud/refresh-post-page-wud.php on line 77
Skip to main content
Berita

RM107 Juta Pemeteraian Perjanjian Ditandatangani Semasa Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2021

15 Mac 2022, Putrajaya – Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2021 yang mengiktiraf pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan, di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk manfaat Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 10 Mac 2022.

Sebanyak enam (6) Memorandum Persetujuan (MoA) dan tujuh (7) Memorandum Persefahaman (MoU) dari 22 organisasi kerajaan dan swasta dengan nilai RM107 juta telah berjaya dimeterai pada MCY Summit 2021, di samping penyampaian Anugerah MCY 2021. Kerjasama ini melibatkan produk, teknologi serta perkhidmatan dari bidang bioteknologi/agrikultur, sains perubatan dan kesihatan, teknologi industri/kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta robotik. Organisasi-organisasi yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Haji Md Nor bin Haji Abd. Rahman (M) Sdn. Bhd.;
ii. Sekretariat Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM);
iii. One Team Networks Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
iv. Skyscraper Airhydro Industries Sdn. Bhd. dan Talam Transform Berhad;
v. Airestec Innovations Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Pahang (UMP);
vi. YJack Technology Sdn. Bhd. dan Nazbel Engineering & Technology Ltd., Bangladesh;
vii. Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan IoT Sata Sdn. Bhd.;
viii. Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan Vepro Group Sdn. Bhd.;
ix. Pandai Education Sdn. Bhd. dan EduCity Iskandar;
x. Pandai Education Sdn. Bhd. dan Global School Leaders (GSL);
xi. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nelson’s Franchise (M) Sdn. Bhd.;
xii. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nets Eco Venture Sdn. Bhd.; dan
xiii. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nova New Energy.

Program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang dilaksanakan sejak tahun 2016 hingga 2021 telah berjaya membantu mengkomersialkan 434 produk, teknologi dan perkhidmatan ke pasaran tempatan serta antarabangsa dengan nilai jualan melebihi RM476 juta.

Pemeteraian MoA dan MoU dalam MCY Summit 2021 turut membuktikan ekosistem pengkomersialan hasil R&D kekal relevan dan pembangunan industri R&D tempatan yang mampan dan berdaya saing seiring dengan keperluan teknologi dan aspirasi Malaysia ke arah high-tech nation menjelang 2030.

Skip to content