Skip to main content
Berita

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2012

By 2012-03-24Mac 11th, 2017No Comments

 

Bukit Kiara, Kuala Lumpur (24 Mac 2012) : Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengadakan sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2012 di Pusat Sains Negara. Sambutan Hari Meteorologi Sedunia ini yang bertemakan ‘Memperkasakan Masa Depan Dengan Cuaca, Iklim dan Air’ telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili Ketua Setiausaha MOSTI.

Dalam majlis perasmian tersebut, para tetamu jemputan telah dihiburkan dengan persembahan kanak-kanak tadika, koir dan dikir barat. Penganjuran sambutan Hari Meteorologi Sedunia ini juga merupakan salah satu program MOSTI bersempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012). Selain daripada aktiviti pameran turut yang disertai oleh agensi-agensi lain, JMM juga mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan para pelajar seperti Pertandingan Penyampai Cuaca, Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Pengucapan Awam, Pertandingan Kereta Elektrik Amfibia, Hail Storm Demo, Science Show dan Interactive Weather Games.

Skip to content