Skip to main content
Berita

Sambutan Maal Hijrah 1447H / 2025M

27 Jun 2025, Kuala Lumpur – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sebahagian warga MOSTI turut serta dalam Sambutan Maal Hijrah tahun ini yang mengangkat tema “Membangun Ummah MADANI”. Tema ini membawa mesej menyeru umat Islam agar meneladani peristiwa hijrah Rasulullah SAW dalam membina sebuah masyarakat yang bertamadun, inklusif dan seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Bekas Mufti Johor, YBhg. Datuk Dr. Nooh Gadut, telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M.
Skip to content