11 November 2024, Kuala Lumpur – Selesai sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2025 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Dewan Negara pada petang tadi.
Ucapan penggulungan tersebut boleh ditonton melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=C0A7Eov-8qA
Turut bersama, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI serta pegawai-pegawai MOSTI, Jabatan dan Agensi.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan MOSTI yang sentiasa bersama-sama dalam membantu menyediakan input-input penting untuk ucapan penggulungan tersebut. #MOSTIluarbiasa