Skip to main content
Berita

Sembang Santai Bil. 7/2026

26 Jun 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 7/2026 telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Pengurusan Kanan (Pengurusan), MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.
Sesi perkongsian kali ini telah memfokuskan mengenai Pengurusan Aduan Integriti sebagai salah satu fungsi teras Unit Integriti MOSTI. Sesi ini disampaikan oleh Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Arshad, Pegawai Siasatan dari Unit Integriti MOSTI.
Perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai proses pengurusan aduan integriti yang telus, sistematik dan berintegriti, di samping meningkatkan kefahaman warga MOSTI terhadap kepentingan membudayakan integriti serta memperkukuh amalan tadbir urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.
Skip to content