3 September 2024, Putrajaya – Dalam merangka belanjawan MADANI yang terangkum, menyeluruh dan mengambil kira pandangan setiap pihak berkepentingan, MOSTI telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2025 MOSTI bersama pemegang-pemegang taruh MOSTI pada 3 September 2024 yang melibatkan sebanyak 200 pemegang taruh yang terlibat dalam pembangunan teknologi serta pembangunan bakat dan pembudayaan STI.
Sesi Dialog ini melibatkan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI serta Pengurusan Tertinggi MOSTI. Sesi seumpama ini membuktikan komitmen MOSTI dalam menyokong aspirasi Malaysia berasaskan nilai MADANI yang meliputi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai harmoni, keyakinan dan ihsan.