Skip to main content
Berita

Sesi Due Diligence MCY Siri 4/2025

29 Oktober 2025, Purajaya – Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Sesi Due Diligence Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri 4/2025 di Palm Garden, Putrajaya. Pada sesi kali ini, sebanyak 48 produk/ teknologi/ perkhidmatan hasil R&D dari seluruh negeri telah dicalonkan menyertai sesi ini.

Sesi Due Diligence adalah antara inisiatif utama MCY yang bertujuan:
✅ Menilai tahap kesediaan teknologi (TRL);
✅ Mengenal pasti intervensi dan fasilitasi yang diperlukan; dan
✅ Menyaring calon bagi KPI Khas MCY iaitu calon penerima Anugerah MCY bernilai keseluruhan RM1 juta.
MOSTI komited memperkukuh pengkomersialan hasil R&D&C&I tempatan melalui pendekatan MCY 3.0 – Goes Global, sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Mari kita jayakan usaha “Turning Ideas into Impact” demi kelestarian dan kemakmuran Malaysia MADANI.
Skip to content