Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat ke atas YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Negeri Terengganu

11 Mac 2026, Kuala Terengganu – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Haji Satiful Bahari Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan, Negeri Terengganu di Kompleks Darul Iman, Kuala Terengganu.
Sesi kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha memperkukuh Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di peringkat negeri.
Dalam sesi tersebut, MOSTI telah membentangkan pencapaian terkini Indeks Inovasi Malaysia (MII) bagi Negeri Terengganu termasuk sorotan prestasi utama yang menggambarkan kedudukan serta kekuatan negeri tersebut dalam ekosistem inovasi negara. MOSTI juga turut berkongsi dapatan Laporan Foresight Future of STEM Talent yang menekankan bidang keutamaan dalam pembangunan bakat STEM bagi menyokong agenda pembangunan negara. Kerajaan Negeri Terengganu menyambut baik inisiatif dan komitmen MOSTI serta menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam hal berkaitan STI.
YBrs. Puan TKSU (T) juga turut meluangkan masa melawat Jabatan KIMIA Terengganu untuk melihat pengoperasian pejabat dan makmal kimia di negeri Terengganu.
Skip to content