Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat Ke Atas YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan

16 Februari 2026, Kota Bharu – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi Negeri Kelantan di Kompleks Darul Naim, Kota Bharu Kelantan.
Sesi kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha memperkukuh Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di peringkat negeri.
Dalam sesi tersebut, MOSTI membentangkan pencapaian terkini Indeks Inovasi Malaysia (MII) bagi Negeri Kelantan termasuk sorotan prestasi utama yang menggambarkan kedudukan serta kekuatan negeri tersebut dalam ekosistem inovasi negara. MOSTI turut berkongsi dapatan Laporan Foresight Future of STEM Talent yang menekankan bidang keutamaan dalam pembangunan bakat STEM bagi menyokong agenda pembangunan negara.
Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik inisiatif dan komitmen MOSTI serta menyatakan kesediaan untuk mengadakan sesi perbincangan susulan bagi memperhalusi kerjasama strategik antara MOSTI dan Kerajaan Negeri Kelantan khususnya dalam bidang STEM bagi menyokong pelaksanaan Blue Print Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan 2030.
Selesai kunjungan hormat, YBrs. Puan TKSU (T) menerima pelawaan UPEN untuk melawat cadangan tapak Pusat Sains Cawangan Kelantan di Bangunan Bazar Tengku Anis, Kota Bharu. YBrs. Puan TKSU (T) juga sempat meluangkan masa melawat Jabatan KIMIA Kelantan untuk melihat pengoperasian pejabat dan makmal kimia di negeri Kelantan.
Skip to content