17 Mei 2024, Putrajaya – Sesi Kunjungan hormat YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ke atas YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membincangkan kerjasama antara MOSTI dan KBS dalam pengaplikasian sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam bidang sukan seterusnya merancakkan lagi penglibatan belia dalam STI.