8 Disember 2024, Perak – Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan ke Malaco Mining Sdn. Bhd. dan Terra Mineral Lab di Simpang Pulai, Ipoh.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut hadir ke sesi lawatan tersebut.
Terra Mineral Lab adalah makmal analisis unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang pertama di Malaysia yang dilengkapi peralatan saintifik berteknologi tinggi bertaraf dunia.
Manakala syarikat Malaco Mining Sdn Bhd pula adalah kilang pusat pemprosesan (CPP) secara percubaan (POC) pengasingan unsur nadir bumi (REE).