Skip to main content
Berita

SESI PEMILIHAN PASUKAN BAGI ASEAN+3 JUNIOR SCIENCE ODYSSEY 2018

By 2018-05-14Mei 24th, 2018No Comments

Sesi pemilihan pasukan yang akan mewakili Malaysia semasa ASEAN+3 Junior Science Odyssey 2018 (APTJSO 2018)  telah diadakan pada 14 Mei 2018 di tiga (3) lokasi iaitu Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Semasa sesi ini, sebanyak 15 buah pasukan dari sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia dinilai. Antara aktiviti penilaian yang dijalankan semasa sesi ini ialah ‘Science Concepts Challenge’. Penilaian dibuat dari segi isi kandungan saintifik, kualiti hasil kerja, dan pembentangan projek. Semangat kerjasama dan disiplin turut di nilai dan diberi markah tambahan.

Hasil daripada penilaian yang dijalankan, empat (4) buah pasukan telah terpilih untuk mewakili Malaysia semasa APTJSO 2018 iaitu:

  1. Tunku Khursiah College
  2. Malay College Kuala Kangsar
  3. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
  4. Sekolah Menengah Sains Kuching

Pasukan-pasukan yang terpilih ini akan bersaing dengan pasukan-pasukan daripada 12 buah negara semasa APTJSO 2018 yang akan berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Negara-negara luar yang akan menyertai APTJSO 2018 ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Loas, Myammar, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand, China, Jepun dan Korea Selatan.


Skip to content