Skip to main content
Berita

Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri 3/2026

28–29 Julai 2026, Putrajaya – Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐔𝐩𝐚𝐲𝐚 (𝐃𝐮𝐞 𝐃𝐢𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐂𝐘) 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔 yang melibatkan 𝟔𝟎 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤/𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢/𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan daripada pelbagai agensi, universiti serta syarikat.
Sesi ini merupakan platform strategik bagi mengenal pasti inovasi berpotensi tinggi untuk diperkasakan ke arah pengkomersialan dan pasaran melalui:
🔬 Menilai Tahap Kesediaan Teknologi (Technology Readiness Level – TRL)
🤝 Mengenal pasti intervensi, fasilitasi dan sokongan strategik yang diperlukan; dan
🏆 Menyaring produk berpotensi sebagai calon KPI Khas MCY dan penerima Anugerah MCY dengan nilai hadiah keseluruhan 𝐑𝐌𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚.
MOSTI terus komited dalam memperkukuh ekosistem pengkomersialan teknologi tempatan agar lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global.🌍🚀
Usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa inovasi tempatan ke peringkat global secara berimpak tinggi demi kesejahteraan negara.
📌 Nantikan seterusnya di 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐔𝐩𝐚𝐲𝐚 (𝐃𝐮𝐞 𝐃𝐢𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞) 𝐌𝐂𝐘 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Skip to content