Skip to main content
Berita

Sesi Penyerahan Sistem Model Data Global Innovation Index

16 Mac 2023, Putrajaya – Sesi Penyerahan Sistem Model Data Global Innovation Index daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Puan Ida Semurni binti Abdullah, Naib Presiden MIGHT telah menyerahkan simbolik Sistem Model Data Global Innovation Index kepada YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Sistem Model Data Global Innovation Index ini menyediakan maklumat mengenai kedudukan tahap inovasi negara berbanding negara-negara lain yang dinilai dalam Laporan Global Innovation Index yang diterbitkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO).
Selain itu, sistem model data ini juga bertindak sebagai kaedah pemantauan yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses membuat keputusan berdasarkan fakta seterusnya membolehkan Kerajaan membangunkan strategi yang tepat dalam memperbaiki kelemahan pencapaian negara dalam indikator berkaitan.
336372952 1354436008675913 7571925670766263484 n   336555022 6305828656123291 9120669812740132114 n
336648260 215940031090860 7941619394130502209 n   336290940 2018745825125462 137972650993305906 n
Skip to content