Skip to main content
Berita

Sesi Perbincangan antara MOSTI dan InnoTechno Park Uzbekistan

14 November 2024, Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), telah mengadakan pertemuan bersama wakil dari InnoTechno Park Uzbekistan. Pertemuan ini diadakan bersempena lawatan delegasi MOSTI ke program Innoweek.Uz-2024 di Tashkent, Uzbekistan. Turut serta dalam sesi perbincangan adalah wakil dari MRANTI.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk peluang kolaborasi dalam program seperti Global Market Fit Program dan VentureX. Pihak InnoTechno Park turut menyatakan minat yang mendalam untuk bekerjasama dengan MRANTI dalam pelbagai inisiatif yang bertujuan memperkayakan ekosistem inovasi dan teknologi di Uzbekistan. Kolaborasi ini bakal membuka peluang bagi perkongsian pengetahuan, kepakaran dan kerjasama sumber antara kedua-dua negara.
Skip to content