Skip to main content
Berita

Sesi perjumpaan Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Pegawai Sains (PPS) MOSTI bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI

18 Julai 2024, Putrajaya – Sesi perjumpaan Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Pegawai Sains (PPS) MOSTI bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah diadakan pada Khamis, 18 Julai 2024 dan dihadiri oleh 10 orang wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Sains.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dan YBhg. Dato’ KSU amat berbesar hati dan bersetuju dengan beberapa cadangan Persatuan antaranya:
✅Program fitness seperti pound fitness, zumba, aerodance dan salsation yang akan diadakan setiap minggu bermula Ogos bagi terapi dan penjagaan kesihatan staf MOSTI.
✅Latihan dan bengkel untuk membentuk hala tuju pegawai yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Semoga dengan pelantikan AJK Persatuan yang baru ini dapat meningkatkan lagi motivasi dan keunggulan pegawai sains di MOSTI di samping menjalankan kerja-kerja hakiki kementerian, pengisian terapi dan “healing” juga penting bagi menjamin kesihatan dan kestabilan mental, emosi dan fizikal warga MOSTI.
Skip to content