Skip to main content
Berita

Sesi Perjumpaan bersama peserta National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)

4 Disember 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menghadiri Sesi Perjumpaan bersama peserta National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang telah berjaya menamatkan program NTIS tahun 2023.

Sebanyak 20 Syarikat merangkumi 21 projek/teknologi telah berjaya menamatkan program NTIS bagi tahun 2023 dalam pelbagai bidang termasuk dron, kesihatan, Internet of Things (IoT) dan lain-lain lagi. Setiap peserta juga telah diberikan peluang untuk berkongsi secara ringkas pencapaian projek masing-masing serta sesi perkongsian daripada wakil Sekretariat NTIS berhubung program-program sedia ada di bawah agensi untuk dimanfaatkan setiap peserta mengikut keperluan.
YBhg. Datuk TKSU juga telah menekankan konsep 4C (Collaboration, Co-Creation, Co-Location & Co-opetition) kepada semua peserta NTIS untuk meningkatkan lagi keupayaan produk/teknologi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Program seumpama ini diadakan bagi memperkenalkan teknologi-teknologi dan inovasi yang telah berjaya diuji dengan sokongan NTIS di samping bertindak sebagai platform networking yang berpotensi untuk mewujudkan/menjalinkan kerjasama mahupun kolaborasi di antara peserta dalam mencari penyelesaian bersama bagi menangani cabaran/isu yang lebih besar dan kompleks yang dihadapi dalam negara.
Skip to content