16 Jun 2026, Cyberjaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah berjumpa dengan YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid dan YBhg. Profesor Dato’ Nor Aieni Mokhtar di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Cyberjaya hari ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pengukuhan interfasa sains-polisi dalam bidang-bidang berkaitan menggunakan kepakaran dalam negara. Selain itu, keperluan untuk pemerkasaan aspek STI berkaitan blue economy dan tadbir urus lautan dan diplomasi sains. Turut hadir YBrs. Ts. Dr. Radin Zulhazmi bin Radin Abdul Halim, Timbalan Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, MOSTI.




