12 Februari 2026 – Bersempena Simposium 5 Tahun πππ‘πππππ πππβππππππ¦ πππ πΌππππ£ππ‘πππ πππππππ₯ (NTIS) sebanyak empat (4) program satelit telah dianjurkan termasuk satu sesi khas iaitu Sesi Perkongsian Alumni NTIS bersama YBrs. Puan Norsham bt Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sesi ini dianjurkan bagi mengetengahkan perkongsian pengalaman, pencapaian serta impak sebenar pelaksanaan NTIS melalui testimoni alumni yang telah berjaya memanfaatkan ekosistem sandbox dalam mempercepat pembangunan dan pengkomersialan teknologi masing-masing.
Antara pengisian utama sesi tersebut adalah perkongsian oleh syarikat-syarikat yang telah menamatkan projek di bawah NTIS, yang berkongsi pengalaman, cabaran serta faktor kejayaan dalam menjayakan projek masing-masing. Perkongsian ini diharap dapat menjadi inspirasi dan pemangkin kepada syarikat lain untuk menyertai serta memanfaatkan platform NTIS dalam mempercepat pembangunan teknologi dan penembusan pasaran.
Sesi tersebut turut disertai oleh wakil-wakil syarikat alumni NTIS sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuh keyakinan pemegang taruh terhadap keberkesanan NTIS sebagai pemangkin inovasi negara serta instrumen strategik dalam mempercepat transformasi Malaysia ke arah negara pengeluar teknologi.




