26 Mei 2023, Pulau Langkawi – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyampaikan ucaptama semasa sesi Plenary ke- 4, Langkawi International Space Forum (LISF) yang telah berlangsung di MECC.
Antara intipati ucapannya adalah berkenaan pelaksanaan Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SSIP) yang bermatlamat untuk mewujudkan ekosistem mampan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor angkasa.
Selain itu, aspek perundangan juga penting untuk menyokong ekosistem sektor angkasa dan menyediakan asas undang-undang sektor angkasa selamat, terjamin dan mampan.