Skip to main content
Berita

Sesi Sembang Santai Bil. 13/2026

7 Ogos 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 13/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Atrium Peterana dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha (KSU) MOSTI, YBhg. Dato’ ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu serta turut disertai oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) bersama warga Kementerian.

Sejajar dengan aspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia, sesi dimulakan dengan aktiviti X-Break sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja.
Sesi diteruskan dengan perkongsian ilmu bertajuk “Lensa Perakaunan di sebalik angka -angka” yang telah disampaikan oleh Encik Rajendran A/L Arjunan daripada Bahagian Akaun. Perkongsian ini memberi pendedahan yang bermanfaat mengenai aspek perakaunan serta meningkatkan kefahaman warga MOSTI terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan sesi pada kali ini. Semoga budaya perkongsian ilmu terus diperkasakan demi melahirkan warga MOSTI yang berpengetahuan, kompeten dan cemerlang.
Skip to content