20 November 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 26 telah berlangsung dengan perkongsian bertajuk “F1 Akan Kembali ke Litar Sepang Malaysia” yang disampaikan oleh Encik Wee Eng Fui dari Bahagian Pembangunan.
Sesi dimulakan dengan aktiviti X-Break – Radio Taiso yang menggalakkan warga MOSTI melakukan senaman ringan bagi menyegarkan tubuh badan, meningkatkan tenaga dan mempersiapkan diri sebelum memulakan sesi perkongsian.
Perkongsian kali ini membawa warga MOSTI menelusuri perkembangan dunia sukan permotoran, khususnya Formula 1 (F1), serta keterujaan terhadap kemungkinan kembalinya perlumbaan berprestij ini ke Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) serta YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) yang bersama-sama warga MOSTI memeriahkan sesi pada pagi ini.
Semoga Sesi Sembang Santai terus menjadi platform perkongsian ilmu, pertukaran idea dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga MOSTI.




