12 Jun 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 5/2026 telah berlangsung di Atrium Peterena, C5 pada hari ini dan disertai oleh warga MOSTI, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap pembudayaan perkongsian ilmu di kementerian ini.
Perkongsian ilmu pada hari ini bertajuk ‘Joint Syndicated Funding Model: Why It Matters More Than Ever oleh Encik Razif Mohamad daripada wakil MIGHT.
Turut hadir YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.




