Delegasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Hj. Zainal Abidin (Panglima Angkatan Tentara) dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara telah mengadakan lawatan kerja ke MESTECC pada 22 Januari 2019.
Delegasi ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya (Ketua Setiausaha MESTECC), YBrs. Prof. Madya. Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Ketua Setiausaha STI), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan) dan Pegawai-Pegawai Kanan MESTECC.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk membolehkan MESTECC dan ATM berkongsi maklumat mengenai teknologi terkini pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan bidang ketenteraan.