19 November 2024, Kuala Lumpur – Pada 19 November 2024 telah berlangsung sesi Taklimat Dasar Inovasi Sosial kepada Ahli-ahli Parlimen di Bangunan Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai Dasar Inovasi Sosial (DIS) yang digubal oleh MOSTI dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 30 Oktober 2024. Selain itu, MOSTI juga berhasrat untuk mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan dasar dan inisiatif inovasi sosial seperti yang dihasratkan dalam DIS daripada Ahli- ahli Parlimen.
YB Tuan Chang Lih Kang berkata ‘DIS merupakan dasar sektoral yang menyokong Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dengan memberi tumpuan khusus kepada inovasi sosial. DIS yang berkonsepkan “Daripada Masyarakat, Untuk Masyarakat” telah dirangka sebagai strategi dalam memperkasakan inovasi sosial bagi memacu peningkatan ekonomi berteraskan STI’.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Dr. Sharmila Mohamed Salleh turut membentangkan taklimat mengenai Dasar Inovasi Sosial (DIS). Hadir sama YB Datuk Haji MOhammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pegawai-pegawai MOSTI dan YIM.
Bersama kita mampu mencipta masa depan yang inklusif, inovatif, dan berdaya tahan!