Skip to main content
Berita

Sesi Townhall Pembangunan Hab Hidrogen Bersama Pemegang Taruh Hidrogen

26 Mei 2025, Putrajaya – Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), MOSTI bersama PETRONAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berganding bahu menganjurkan Sesi Townhall Pembangunan Hab Hidrogen Bersama Pemegang Taruh Hidrogen dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara peneraju ekonomi hidrogen menjelang tahun 2050.

Sesi townhall ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada Kementerian, agensi, jabatan serta pihak berkepentingan bagi cadangan pembangunan hab hidrogen hijau di Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memberi ucapan aluan seterusnya membentangkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen – Pembangunan Hab Hidrogen dalam sesi townhall ini.
Sesi diteruskan dengan perkongsian bertajuk ‘Malaysia Hydrogen Clusters and Corridors – Building Hydrogen Hubs Towards A Just Energy Transition’ oleh Petronas dan TNB. Seterusnya, Sesi Soal Jawab ‘Usaha Kerjasama antara MOSTI dan Pemain Industri ke Arah Memperkasakan Hab Hidrogen Hijau’ menyaksikan penglibatan aktif pemegang taruh hidrogen daripada Kementerian, agensi, jabatan serta pihak berkepentingan.
Sesi Townhall ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Ir. Nor Ziha Zainal Abidin, Ketua (Usaha Niaga Korporat & Pembangunan Bisnes), Tenaga Nasional Berhad dan YBhg. Prof. Adj. Ir. M. Faudzi M Yasir, Pengurus Besar Kanan (Projek) PTHSSE, Petronas.
Skip to content