Skip to main content
Berita

Sesi Walkabout YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi @ PMR 2025 Kelantan

08 Ogos 2025, Kelantan – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa dalam sesi ‘walkabout’ di sekitar Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan. Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.

Di reruai STEM dan AI, YB Timbalan Menteri tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti berkaitan STI disamping melengkapkan ‘passport’ yang menandakan kesemua cabaran telah diselesaikan.
Sebelum mengakhiri sesi, YB juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pengunjung yang bertuah pada hari ini. #PMR2025Kelantan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan bermula 7 hingga 9 Ogos 2025.
Skip to content