Skip to main content
Berita

Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024

4 Disember 2024, Kuala Lumpur – Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024 telahpun melabuhkan tirainya dengan pencapaian yang memberangsangkan. Sepanjang tiga (3) hari penganjurannya, Sidang kemuncak ini, telah menyediakan platform bagi meneroka bagaimana untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dan Asia Tenggara sebagai peneraju dalam inovasi, khususnya, melalui enam (6) industri iaitu Teknologi 4IR, Teknologi Autonomi, Ketersambungan 5G, Sains Hayat, Teknologi Kesihatan & AgriTech, serta Kelestarian.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya semasa Majlis Penutup berkata “Sebagai sebuah negara, Malaysia mengiktiraf, kepentingan AI dan sedang berusaha secara aktif untuk memanfaatkan potensinya melalui inisiatif strategik, seperti Dasar 4IR Kebangsaan yang direka untuk membimbing penggunaan Teknologi revolusi Perindustrian Keempat merentas sektor.
Dasar ini, memastikan bahawa kita berada, berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan AI automasi dan teknologi termaju lain, membentuk ekosistem inovasi yang teguh, yang memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Sidang Kemuncak ini hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih baik bukan sahaja kepada individu dan organisasi tetapi juga kepada komuniti, negara dan dunia. Jumpa lagi di I-Nation 2024.
Skip to content