21 Jun 2021, Putrajaya – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
STATUS PICK
▶️ Bilangan yang telah mendaftar – 15,426,982
▶️ Bilangan yang telah menerima dos pertama – 4,211,423
▶️ Bilangan yang telah lengkap 2 dos – 1,604,152
Bermula hari ini sehingga 30 Jun, sebanyak 757,747 janji temu berjadual telah diberikan di seluruh negara, di mana 253,719 adalah mereka berumur 60 tahun ke atas; 83,610 adalah individu berumur 40-49 tahun; 228,397 adalah individu berumur 50-59 tahun. Selebihnya adalah individu berumur 18-39 tahun.
KADAR VAKSINASI
Pada 15 Jun 2021, negara telah sekali lagi merekodkan kadar vaksinasi harian melebihi paras baharu iaitu sebanyak 215,876.
Vaksinasi harian tertinggi yang dicatatkan setakat ini adalah pada 17 Jun dengan jumlah dos yang diberikan sebanyak 221,706.
Purata pemberian suntikan vaksin sepanjang minggu lepas (14-20 Jun) juga terus meningkat ke 189,329 berbanding pada minggu sebelumnya (7-13 Jun) iaitu sebanyak 130,842.
Kadar vaksinasi negara kini sedang giat diperhebatkan di seluruh negara, selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin dan negara boleh mula beralih secara teratur serta selamat kepada norma kehidupan pra pandemik.