Skip to main content
BeritaCovid-19

Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

By 2021-06-01Julai 5th, 2021No Comments
31 Mei 2021, Putrajaya  – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
STATUS PICK
▶️ Bilangan yang telah mendaftar – 12,117,091
▶️ Bilangan yang telah menerima dos pertama – 1,860,864
▶️ Bilangan yang telah lengkap 2 dos – 1,052,145
Sehingga 30 Mei 2021, pendaftaran bagi Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terus meningkat dan merekodkan 3,871,725. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,114,839 (60.38%) adalah pendaftaran daripada warga emas.
Kadar vaksinasi negara sekali lagi telah mula mencecah 100,000 dos sehari pada 27 Mei lalu (Khamis) iaitu sebanyak 107,340 dos dan dijangka angka tersebut akan kembali konsisten
Hari ini, operasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia/Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MiTEC) telah bermula dengan sebanyak 12,000 janji temu dalam minggu ini telah dijadualkan daripada Fasa 2 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.
Skip to content