13 Februari 2025, Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan sepenuhnya Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia 2024 mulai 1 Januari 2025, menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan ekosistem angkasa negara. Langkah ini selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) yang menekankan tadbir urus yang baik, inovasi, dan pemantapan kapasiti angkasa untuk pembangunan global yang mampan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Chang Lih Kang, menyatakan bahawa Akta 834 adalah langkah strategik bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran dan peluang dalam sektor angkasa global. Akta ini menyediakan rangka kawal selia menyeluruh, merangkumi:
Penguatkuasaan penuh Akta 834 bukan sahaja memastikan kawal selia yang cekap tetapi juga merancakkan inovasi dan penyertaan sektor swasta dalam industri angkasa. Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk memulakan ratifikasi triti angkasa di bawah United Nations Committee on Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS), sekaligus memperkukuh ekosistem perundangan angkasa negara.
Seiring dengan strategi DAN2030, sektor angkasa dijangka menyumbang kepada:
MOSTI menyeru agensi kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat untuk berganding bahu merealisasikan visi Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030, berlandaskan prinsip MADANI dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).




