Skip to main content
Berita

SJK (C) YUK CHOY, PERAK JOHAN PIALA PERDANA MENTERI NSC 2012

By 2012-10-03Mac 10th, 2017No Comments

 

Kuala Lumpur, 3 Oktober –Pertandingan Akhir dan Majlis Penutup National Space Challenge 2012-Piala Perdana Menteri (NSC 2012) anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaraan Malaysia telah berlangsung di Planetarium Negara sebentar tadi. 

Pertandingan NSC 2012 ini adalah salah satu program yang direka khas untuk mencukil bakat dan memupuk minat di kalangan pelajar sekolah rendah Tahun 4 dan 5 terhadap bidang astronomi dan sains angkasa seawal mungkin.

Berikut adalah senarai nama pemenang bagi pertandingan NSC2012.

•    Johan – SJK (C) Yuk Choy, Perak 
•    Naib Johan – SK South Sarawak
•    Tempat ke-tiga – SK Taman Rinting (3) Johor
•    Tempat ke-empat – SK St Francis Melaka
•    Tempat ke-lima – SK Tunku Munawir, Negeri Sembilan

Johan pertandingan membawa pulang Piala Pusingan – Piala Perdana Menteri, sebuah Teleskop VIXEN VMC95L Maksutov with Porta II AZ Mount, Plak,  Pingat Emas, DIY Galileoscope dan Sijil Kecemerlangan. Naib Johan menerima sebuah Teleskop Celestron Astro Master 130EQ Refractor with Motor Drive, Plak, Pingat Perak, DIY Galileoscope dan Sijil Kecemerlangan. Manakala, hadiah tempat ke-tiga adalah  sebuah Teleskop Orion StarBlast 4.5EQ Reflector, Plak, Pingat Gangsa, DIY Galileoscope dan Sijil Kecemerlangan. Bagi pemenang ke-empat dan ke-lima, pemenang menerima Portable Mini Planetarium (AC adapter dengan kompartmen bateri DC), Plak, Pingat, DIY Galileoscope dan Sijil Kecemerlangan.

Pertandingan kali ke-15 ini telah disertai oleh 32 orang pelajar sekolah rendah mewakili 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan seluruh Malaysia. 

Selama tiga hari berkampung di sini, para peserta telah diuji dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang sains angkasa menjurus kepada sistem suria, buruj, satelit, pembinaan roket, galaksi, cuaca angkasa, pencemaran cahaya dan teleskop.

Selain dari itu, guru-guru pengiring juga turut diberi tunjuk ajar mengenai cuaca angkasa, kesan pencemaran cahaya, penggunaan teleskop, cara penggunaan carta bintang serta penggunaan portal pendidikan sebagai alat bantu mengajar di kelas.

Majlis penutup pertandingan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, YBhg Dr Mustafa Din Subari. Turut hadir sama adalah Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia, YBrs Dr Rosman Md Ajis dan Pengarah Planetarium Negara, Puan Azreena Ahmad.