Skip to main content
Berita

STEM Explorasi: Menyelami Inovasi dan Teknologi Bersama Komuniti

05 Ogos 2025, Kelantan – Program STEM Camp 2025 diteruskan dengan penuh semangat di RDC@UTC Kota Bharu, Kelantan pada hari ini. Program selama tiga hari ini merupakan inisiatif Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan dengan sokongan strategik daripada pelbagai rakan kolaboratif, termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Melaka, Persatuan Kemajuan STEM & Inovasi serta Muhamba Tinta.

Hari pertama pelaksanaan program ini telah mencatatkan penyertaan seramai 40 orang murid dari dua buah sekolah menengah, iaitu SMJK Chung Ching dan SMJK Chung Hwa.
🔍 Lima komponen utama program:
✨ Modul 1: Capcut Video Editing
✨ Modul 2: 3D Printing Explorations (Thinkercard apps)
✨ Modul 3: Bio-Engineering (Perfume & extraction)
✨ Modul 4: Soap Making
✨ Modul 5: Booth Interaktif STEM (Pameran Inovasi)
💡 Inisiatif ini sejajar dengan hasrat MOSTI untuk merakyatkan sains, mengarusperdanakan inovasi dan membentuk generasi celik teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content